
Pertama kali melihat gambar seorang model kanak-kanak memakai Telekung Al-Kauthar jenis bersulam yang dihantar menerusi whatapps ke telefon bimbit saya, hati sudah terpaut melihat kekemasan pada bahagian muka dan dagu yang melekap kemas. Hati saya berasa tidak sabar untuk memiliki telekung Al-Kauthar kerana saya percaya pandangan mata saya tidak menipu.
Alhamdulillah ketika pertama kali memakai Telekung Al-Kauthar hati terus berkenan. Kekemasan dan keselesaan jelas terasa. Malah sangat berpuas hati dengan material yang berkualiti untuk setiap jenis yang dihasilkan.
Apa yang utama ciri-ciri Telekung Al-Kauthar patuh syariah menjadikan kita lebih yakin dan tiada was-was di hati.
Terpikat dengan pandangan pertama, saya lantas memilih untuk menjadi Stokist Eksklusif Al-Kauthar agar dapat saya berkongsi manfaat dengan lebih ramai muslimat yang tercari-cari telekung yang berkualiti dan menepati syariat untuk bersolat.
- Light
- Very neat finishing
- Reasonable priced
- Material quality not compromised
- Syariah compliant
- Sweet to look at
- Easy to wash
- Easy to handle
- Durable
Saya sangat berpuas hati dengan Telekung Al-Kauthar kerana konsep yang diperkenalkan iaitu melekap kemas pada bahagian muka dan dagu membantu kita agar tidak was-was dalam beribadat sama ada bersolat, umrah atau haji.
Kita tidak perlu memakai anak telekung dan tidak perlu bimbang anak rambut akan terkeluar ketika bersolat.
Sudah lama saya tercari-cari jenis telekung yang memiliki ciri-ciri begini yang patuh syariat dan kini saya sudah menjumpainya. Saya sangat berpuas hati dan tidak akan beralih kepada yang lain.
Al-Kauthar kini melekap di hati. Alhamdulillah.
Saya berpuas hati tentang Telekung Al-Kauthar setelah menggunakannya kerana beberapa faktor, antaranya :
- Jahitannya yang begitu kemas
- Boleh dipakai di mana-mana negara kerana kainnya menggunakan material tidak panas.
- Sangat exclusive untuk dijadikan hadiah
- Harga yang diletakkan mampu dibeli @ masih rendah, sedangkan jika dilihat bahan yang digunakan adalah jenis yang tinggi kualiti dan harga yang mahal jika dibeli di luar.
- Harga yang diletakkan mampu dibeli @ masih rendah, sedangkan jika dilihat bahan yang digunakan adalah jenis yang tinggi kualiti dan harga yang mahal jika dibeli di luar.
- Kepada muslimat yang cute akan kelihatan bertambah cute apabila memakai telekung Al-Kauthar.
Pertama kali melihat gambar Telekung Sulam Kasih Al- Kauthar hati sudah berdetik. Cantiknya buatan telekung ini. Mesti sedap pakai. Akhirnya saya memperolehi Telekung Sulam Kasih dan Eksklusif Al Kauthar. Pada saya kualiti Al-Kauthar setanding dengan jenama terkenal yang terdapat di pasaran. Saya yakin Telekung Al-Kauthar boleh berkembang maju dengan konsep dan kelasnya yang tersendiri. Insya allah.