
TELEKUNG EKSKLUSIF AL-KAUTHAR
KEPAKARAN KAMI ialah menyediakan telekung berkualiti yang patuh syariat dan
terbaik buatannya, menggunakan jenama Al-Kauthar, bagi membantu semua
muslimat menyiapkan diri untuk beribadat kepada Allah swt. dalam keadaan
yang sungguh selesa, khusyuk dan tawaduk. Sama ada untuk bersolat,
menunaikan haji atau umrah.
Telekung Eksklusif Al-Kauthar dijahit oleh pengusaha tempatan (buatan
Malaysia) dengan jahitan yang kemas dan mengikut syariat. Penggunaan kain
jenis yang tidak panas memberikan impak kepada si pemakai supaya sentiasa
selesa walaupun lama bertelekung. Kami sedia membantu anda untuk mendapat
keselesaan dan keyakinan ketika beribadah tanpa rasa was-was.
Telekung AL- KAUTHAR yang berkualiti dan patuh syariat ini sangat sesuai
untuk kegunaan bersolat , menunaikan haji dan umrah, sedekah, wakaf dan
juga diberi sebagai hadiah.
Ciri-ciri Telekung Eksklusif Al- Kauthar :
- Selesa dan mudah dipakai
- Melekap di muka dengan kemas
- Menggunakan kain yang sangat berkualiti setanding dengan jenama terkenal
- Tidak perlu memakai anak telekung
- Dilapik 2 lapisan hingga ke paras melebihi dada agar aurat terpelihara
- Kain yang labuh
- Hiasan lace / renda sulam bermutu tinggi
- Simple tetapi cantik dan elegan
- Konsep warna putih suci
- Berciri eksklusif tetapi dengan harga mampu milik
- Setanding dengan jenama terkenal di pasaran
- Halal
- Design yang menepati syariat
- Material yang semakin lembut dan selesa selepas kerap kali dibasuh
TAHNIAH ! Kerana anda membuat satu pilihan yang tepat dan bijak.
Mencari SYARIAT supaya kelak sama-sama mendapat SYAFAAT.